Tuesday 21 June 2011

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

1. Sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dibahagikan kepada lima zaman iaitu:-

a) Sumbangan Awal Sebelum 1940


Sejarah permulaan penciptaan komputer, bermula dengan penggunaan mesin ABAKUS sebagai pengira 3000 BC yang lalu.



1617, Napier Bones telah dicipta oleh John Napier.

Beliau juga telah mencipta logaritma yang memudahkan operasi matematik.



Pascal, seorang ahli Matematik Perancis pula telah mencipta mesin penghitung mekanikal yang pertama yang dikenali sebagai Blaise Pascal pada 1642 yang merupakan titik tolak pembinaan kalkulator.



Sistem Binari telah dicipta oleh G.W. Leibnitz pada tahun 1671, sistem ini menjadi asas penting dalam reka cipta sehingga kini.



Pada tahun 1835, Analytical Enjin telah diperkenalan oleh C Babbage. Analytical Enjin mengandungi 50 penghitung dan berupaya menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, inputnya terdiri daripada kad tebuk.


-George mereka cipta satu simbol Algebra 'betul dan salah'. 1890, kad tebuk untuk memasukan dan memproses data diperkenalkan. 1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard telah mencipta mesin yang dapat membaca urutan arimatik secara automatik.

b) Generasi Pertama (1940-1958)


- Tahun 1943 Komputer Colossus telah dicipta oleh British Code dengan menggunakan tiub vakum.
- Tahun 1945 J.P Eckert dan J.W Maunchly dari Universiti Pennsylvania telah mencipta "Electronic Numerical Integrator and Calculator"(ENIAC). Komputer ini memerlukan ruang 1500 kaki persegi dan beratnya 30 tan dan mengandungi
19000 tiub vakum.


c) Tahun 1946 UNIVAC dicipta. Komputer ini dipasarkan buat pertama kali pada 14 Jun 1951.


d) Tahun 1953 IBM telah memasang komputer pertama iaitu IBM 701 dan seterusnya pula IBM. Komputer ini terbahagi kepada beberapa bahagian input, output, konsol dan bekalan.

c) Generasi Kedua (1959-1963)
- tiub vakum telah ditukar kepada transistor. saiz fizikal komputer menjadi kecil, bertambah pantas dan menjimatkan tenaga cekap serta berpotensi tinggi.
17000 komputer IBM telah dipasarkan di antara tahun 1959 hingga 1963. Antara computer yang terkenal ialah IBM 1620 dan IBM 1401. Komputer generasi ini juga mula menggunakan pita magnet untuk storan. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah FORTRAN dan COBOL.

(d) Generasi Ketiga (1964-1980)
transistor telah digantikan dengan litar bersepadu (Integrated Circuit) atau cip. Manakala gelung magnetik telah sepenuhnya mengantikan kad tebuk sebagai storan luar. Hasil penggunaan litar bersepada, tercipta komputer seperti berikut:


• 1971, Dr Ted Hoff - mikropemproses Intel 4004.
• 1975, LAN diperkenalkan oleh Robert Metcalfe.
• Appel 1976 oleh Steve Woziniak dan Seve Job.
• 1977, Apple II telah diperkenalkan.
• Intel telah mencipta komputer 8086 pada tahun 1978, 8088 pada tahun 1979.

(e) Generasi Keempat (1980- Kini)


-menggunakan litar bersepadu berskala. -Intel mikropemproses 286 pada 1982 sehingga kini, intel telah mengeluarkan Pentium Centrino. -1984, Macintosh telah diperkenalkan. Pada bulan Mei -1991, Windows 3.0,
-1992, Windows 3.1. Windows 3.0 dan 3.1 mengabungkan grafik dan DOS.
-kini Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001

2. Penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan

(a) Pendidikan-Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi maklumat dibahagi kepada dua kategori:


(i) Alat membantu pengurusan- contohnya adalah data pelajar, data kewangan, data sumber manusia, data stok dan pelbagai lagi. Teknologi maklumat dengan aplikasi sistem pangkalan data dan rangkaian setempat boleh digunakan dalam mengurus data dengan teratur dan berkesan.

ii)Alat bantu mengajar- terbahagi kepada 4 iaitu;
• Teknologi maklumat menggunakan mod tutorial
• Teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan
• Teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi
• Teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi

(iii) Internet dalam pendidikan-Internet dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media yang menarik. menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh dan pelbagai.sebagai gedung maklumat yang boleh dicapai melalui jarak jauh. boleh membuat hubungan dengan penduduk seluruh dunia menjadi satu kenyataan. mampu membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah.

UUM PENGAJIAN PENSISWAZAHAN GURU

assalamualaikum..

saya seorang guru  di SK Jalan Selama

dan
sekarang menyambung pengajian di UUM SINTOK, KEDAH